Saturday, December 8, 2007

Asslamualaikum.......


Assalamualaikum semua, hari ni hari kedua saya melayari blog saya, semalam baru je daftar, yang sedihnya huhuhu saya di permainkan oleh kawan saya dalam usaha solek menyolek blog baru ni,tapi tak pe, kawan saya tu memang suka bergurau, nak tahu sape???? haaaaa, kalau sahabat nak tahu siapa kawan saya tu, layarilah blogspot dia, www.glaxonil786.blogspot.com... nanti sahabat semua akan tahu siapa dia.

Kepada sahabat sekalian, saya harap sahabat semua berada di dalam keadaan sihat2 dan di rahmati Allah swt... rasa segan pulak dengan kawan2 yang sudah lama ada blogspot ni, hati rasa lucu sahaja bila melihat diri ingin ada blog macam kawan2, tapikan... bila difikir2kan balik, buat apa nak rasa malu, sedangkan kita di jadikan di muka bumi ini pun adalah untuk mencari ilmu dan berdakwah ke jalan Allah swt..... Jadi,kita tak perlu rasa malu dengan adanya kemudahan untuk kita mencari ilmu dan menyampaikannya,ilmu itu penting sangat sahabat bagi diri kita wal hal diri manusia itu sendiri, yang paling penting sekali ialah ilmu agama,agar diri kita semua dpat mersakan kesyukuran kehambahan kepada Allah swt dengan ketaqwaan, dan yang paling jelas sekali Nabi kita (Muhammad saw) pernah bersabda....

"Barangsiapa yang Allah ingin jadikan dia seorang yang baik, maka Allah akan menjadikan dia dari kalangan orang yang bijak ilmu agama"

Allah swt telah mengutuskan rasul sebagai utusan (Muhammad saw) sebagai pembimbing ummah ke jalan yang lurus....

firman Allah swt di dalam surah yaasin....

"yaa siin, demi Al-Quran yang mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh, sesungguhnya engkau (wahai Muhammad saw adalah seorang rasul) dari rasul-rasul yang telah di utus oleh Allah swt, yang tetap diatas jalan yang lurus (agama islam), Al-Quran itu di turunkan oleh Allah swt Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani, supaya engkau (Muhammad saw) memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak di berikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai, demi sesungguhnya telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka (kerana mereka tidak mahu beriman)"

(surah yaasin ayat 1-8)


MARI MENUNTUT ILMU


Marilah belajar dengan penuh kesungguhan
dengan segala cara yang kau terfikirkan
semoga hatimu puas tidak tersesalkan
walau yang lain kecewa tidak bersetujuan.

Marilah usahakan segala kaedah dan jalan
redahi onak, duri, ranjau dan cabaran
biar luka parah dan sakit bertahankan
sekalipun yang lain rasa tak berkeperluan.

Marilah menujunya dengan segala kelapangan
dalam hatimu, agar kau menerimanya dengan
segala jiwamu, bahawa inilah rupanya jalan
ditunjukkan dirimu, dengan inti keikhlasan
pada Tuhanmu.

Marilah buangkan ragu-ragu dan dzan
pada diri, bimbang akan tumpas kekecewaan
di akhir nanti, bahawa yakinkan percayakan
tak berbelah bagi, walau yang lain bertanyaan;
apa yang kaubuat ini?

Marilah lupakan kebimbangan tanamkan
keyakinan, buangkan sifat segan
tanyakan segala kekeliruan, hindarkan
bangga diri, tolak pendek ketamakan
kejar dalam kepuasan.

Marilah belajar cantum hubungkan
hujung buaian dengan pangkal kuburan.


fikir-fikirkan ye, ilmu memang sangat penting bagi kita, peliharalah hidup kita dengan ilmu yang di perolehi selama ini, jika belum cukup, usaha dan cari, jangan lupa sampaikan, sampaikanlah walau satu ayat........ salam ukhwah dari saya yang pertama kali join dalam blogger....

5 comments:

Opiebamad said...

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Opiebamad said...

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja
dengan kening yang berkerut.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah!!!


Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.
Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia
akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.
SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ Willian
Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat
diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.
Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.
Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya.

.: SENYUM ITU SEDEKAH :.

Opiebamad said...

6 Perkara yang Allah sembunyikan:

1. Allah sembunyikan Redha-Nya dalam Taat

2. Allah sembunyikan murka-Nya dalam Maksiat

3. Allah sembunyikan nama-Nya dalam al-Qur'an

4. Allah sembunyikan lailatul qadar dalam bulan bulan Ramadhan

5. Allah sembunyikan solat paling utama dalam solat 5 waktu

6. Allah sembunyikan tarikh terjadinya Hari Kiamat

Opiebamad said...

"Tuhan memberi kita
dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya
Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa
sanggup. Jangan sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat
melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah
disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia
meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah
sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus
mengerti bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga,
derita menjadi nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.
Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu
terasa bisa duri mawar
itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa
pada akhirnya menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada
guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan
pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap
berpusu-pusu terjerumus ke
dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja
Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi
gila, orang kaya
menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu
disambut oleh para
pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di
dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci
tersimpan kebaikan di
dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati
ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam
laut, pasti ia akan
membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal
dalam bercinta ke
dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa
manusia dan alam , tetapi
tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak
ubah seperti gong yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal
terindah yang pernah
dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg
pandai menilai cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata
kasar. Sebaliknya cinta
hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak
menjadi pemimpin. Inilah
dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika
tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang
kamu temukan di dalam
dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika
manusia dapat menilai
kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak
pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita
hilang kewarasan
fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai
menghayatinya. Sebaliknya
cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun
cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang
suci tanpa menodai
keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta.
Cinta adalah sesuatu yang
murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila
cinta itu menguasai
dirimu tanpa pertimbangan.

Opiebamad said...

Warna Kegemaran Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.

COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa
tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.