Tuesday, December 9, 2008

KHAT FARSI

Salam semua, hasil yang sekian lama ana simpan, baru je edit dalam adobe. Khat pada kali ini adalah dari jenis khat farsi. Asalnya ana tak nak letak dalam blog ana, memandangkan ada seorang kawan ana bertanya, khat farsi macam mana ustaz? pada masa tu ana tak ada bahan untuk menulis dan nak tujnuk, jadi inilah dia khat farsi. khatnya halus, dan cara menulisnya agak senget ke kanan. "inna akramakum i'ndaAllahi atqakum".. semoga sahabat semua dapat mencubanya. Salam aidul adha dari ana, moga kite sentiasa dilindungi Allah swt. waAllahu a'lam.

Wednesday, November 19, 2008

LOGO NADI UKKAZ


Alhamdulillah dengan berkat Allah ta'ala, ini hasil terbaru ana dengan qaedah Khat Thuluth dengan huruf-huruf yang digabungkan, dengan kalimah "UKKAZ". Dengan kata lain, ianya adalah satu logo kelab yang terbaru ana buat khas untuk kelab bahasa arab mansurah (Nadi Ukkaz). InsyaAllah kepada sesiapa yang berminat untuk belajar buat logo seperti ini, ana ringankan tangan ana untuk berkongsi ilmu, insyaAllah..sekian wslm

Sunday, November 2, 2008

PERASMIAN KHASRAH


Salam kepada semua sahabat. Alhamdulillah atas bantuan dan izin Allah swt, Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) akan mengadakan majlis Perasmian buat pertama kalinya di Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Doakan semoga Kelab Seni Khat ini akan berjalan dengan baik dan dapat menguasai ilimu penulisan al-Quran ini dan memeliharanya dengan baik insyaAllah.. Sila layari laman web rasmi KHASRAH.. http://www.khasrah.blogspot.com dan sila hantar kan segala komen atau cadangan sahabat ke e-mail rasmi KHASRAH.. khasrah@yahoo.com.my ..

Sunday, October 26, 2008

KHASRAH


Salam sahabat semua..ini hasil terbaru ana..hasil ini ana tulis semalam..dan siap edit pagi tadi..tulisan Khat Thuluth yang berbunyi KHASRAH..(kelab seni khat mansurah)ia akan menjadi logo rasmi kelab..i'Allah tahun ni,bagi sesiapa yang ingin belajar seni khat secara takhasus dengan al fadhil ust....??bolehlah berdaftar dengan ana sendiri..Semua warga mahasiswa/wi mansurah khususnya dan mesir amnya yang beragama islam serta berbangsa melayu dan berminat dengan Kelab Seni Khat Mansurah ( KHASRAH ) bolehlah berdaftar..ajak beramai2 ye..tak kira ikhwah ataupun akhwat..terbuka untuk semua...

Friday, September 26, 2008

PENA BIL 1


Inilah adalah hasil dari saya sendiri selepas mana saya melihat blog dari saudara fahmi..secara tiba-tiba saya menjadi cemburu ingin membuat satu design yang bagi saya ianya gempak dari ust fahmi. Alhamdulillah akhirnya saya dapat menghasilkannya dengan baik.. sekiranya sahabat-sahabat ingin mencuba atau belajar.. insyaAllah kita boleh berkongsi ilmu bersama.. sekian dari http://aRtsDesiGneR.blogspot.com

Sunday, September 21, 2008

KAD RAYA UNTUK SEMUA


Ini adalah hasil Adobe ana..design ini ana buat khusus untuk sahabat2 semua..boleh di katakan kad raya online..hihi. Sempena bulan baik yang penuh barakah.. ana ingin memohon sejuta kemaafan dan sekiranya ada termakan minta halalkan, selama perkenalan ada silap cakap juga harap di maafkan.. Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri dari ana Mohd Noor Fathi Bin Montalib. sekian..

Monday, September 15, 2008

KHAT THULUTH


Inilah hasil khat Thuluth ana...tapi ana tulis dengan meniru dari qaedah asal...tulisan asal daripada al khatat mahmud dari turki..ana minat susunan ayat quran ni, puas mencuba tulis tanpa rujukan, akhirnya menulis dengan menekap, hihi....nanti sahabat2 semua bolehlah mencuba ye...klu ada silap dari segi qaedah atau sebagainya, bolehlah berkongsi pendapat ye..salam ramadhan

Monday, September 8, 2008

KHAT DIWANI


Inilah hasil khat diwani ana..ayatnya "MANSURAH"..lama dah tak berlatih tulis khat diwani..inilah hasilnya yang tidak seberapa halus..nak dibandingkan dengan qaedah penulisan khat diwani ana pelajari..tulisan ana masih banyak yang perlu di perbetulkan..masih banyak salahnya..semoga sahabat2 semua dapat menulisnya dengan baik dan berqaedah..

Wednesday, July 30, 2008

TEMPAHAN NAMA


Hasil tempahan dari seorang sahabat di malaysia..tempahan ini di tulis oleh khatat Farhan Jamil Montalib.. abang ana sendiri.. Hasil ini sebelum siap sepenuhnya..di hasilkan pada tahun 2008 di pontian johor..

sedikit biodata.. Ust Farhan Jamil Montalib di lahirkan pada tahun 1980.. anak kedua dari 7 beradik.. pernah meraih naib johan dalam pertandingan seni khat peringkat kebangsaan dalam kategori khat nasakh.. Manifestasi Seni Khat Kebangsaan.. di muzium keseniaan islam malaysia.. dan beliau juga salah seorang penulis mushaf mahathir malaysia semasa berada di Yayasan Restu..

Jika ada sahabat dari Malaysia atau di mana jua anda berada.. boleh berhubung dengan beliau atau ayah ana sekiranya ingin menempah tulisan atau sebagainya yang berkenaan..seperti signboard, tanda nama atau yang lain-lain..boleh berhubung di talian +60127951105(ust farhan jamil)
atau +60127615798(ust montalib timin)

Monday, July 28, 2008

HASIL GABUNGAN ADOBE & KHAT

Hasil adobe yang terbaru..biasa-biasa saja..hari khamis lepas belajar adobe dengan tok guru..namanya ust fahmi..klu sahabat semua nak lihat hasil adobe dia..sila layari..http://www.myfahmi303.blogspot.com..i'Allah sahabat semua leh dapat idea baru dalam kerja adobe ni..selamat mencuba..

Saturday, July 26, 2008

KHAT NASAKH..


DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA/WI MANSURAH

Friday, July 18, 2008

TUTORIAL KHAT NASAKH


Sebagai permulaan tutorial, akan mulakan dengan tutorial khat nasakh, bermula dari huruf hijaiyah sehingga bertemu dengan kaedah penymbungan huruf-huruf berdasarkan kaedah titik. insyaAllah dengan cara ini memudahkan untuk mengikut aliran setiap lengkok huruf.

Bermula dengan menulis kaedah huruf adalah baik sebelum menulis satu ayat penuh...penulis perlu melakukan banyak latih tubi bagi memahirkan, melembutkan dan melicinkan perjalanan penulisan, selamat mencuba, semoga dengan sedikit ilmu ini dapat menarik minat semua untuk mempelajari Seni Khat...

InsyaAllah tutorial ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat, seandainya masa mengizinkan, jika ada yang berminat atau inginkan pertanyaan bolehlah bertanya pada ana..

Wednesday, June 25, 2008

HASIL KARYA LAMA


Hasil karya dari ana sendiri...dari jenis Khat Thuluth...dengan kalimah Rabbi Jalla Jala Lahu ( Lafazul jalalah )...karya ini ditulis pada tahun 2005...bahan media yang digunakan ialah arclic, cermin muka, cermin, spray paint, frame board...



Hasil karya dari abang ana Farhan Jamil Bin Montalib...dari jenis Khat Thuluth, Nasakh, Diwani...di antara karya-karya yang ditulis sekitar tahun 2005 - 2008...bahan media yang digunakan ialah arclic, cermin, canvas emas, kertas emas, arts paper, spray paint, frame board...



Hasil karya dari adik ana Yusuf Hasni Bin Montalib...di tulis dengan Khat Thuluth...dengan kalimah HUA ( Dia Allah )...karya ini ditulis pada tahun 2005...bahan media yang digunakan ialah arclic, cermin, spray paint, frame board...

Sunday, June 22, 2008

KARYA TEMPAHAN


Di antara hasil karya pertandingan dan tempahan Seni Khat yang di tulis oleh 3 orang penulis khat.... Dari hasil ana sendiri, kekanda ana di malaysia, dan seorang penulis dari bumi zaqaziq.... Hasil-hasil seni khat di perbuat dari pelbagai bahan yang sesuai dan mengikut kreativiti tersendiri.. Di antara bahan-bahan yang di gunakan ialah dari bahan plastik arcrilic, kain, cermin, kanvas emas, kain kanvas, arts paper, batu laut, dan kertas papyrus ( bardi )... Ini adalah sebahagian hasil yang ana letakkan sebagai posting terbaru ana... I'Allah bagi sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan ana... dalam cuti kuliah ini.. ana akan berusaha untuk mengadakan tutorial ringkas bagi Seni Khat Nasakh... sekian wasalam ...

Tuesday, June 17, 2008

HASIL KARYA TERBARU


hasil tempahan seni khat dengan tulisan khat diwani jali dalam bentuk kapal layar di atas kertas papyrus...


hasil tulisan dari alkhatat ustaz farhan jamil montalib dengan khat diwani jali dalam bentuk daun diatas kain emas dan arcrilic....

Thursday, June 12, 2008

KHATAT OTHMAN TAHA


Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan Othman Bin Abduh Bin Hussain Bin Taha, seorang penulis khat yang terkenal dengan penulisan Mushaf Madinah yang di terbitkan di Mujamma’ Malik Fahd. Berasal dari Syria. As-Syaikh Othman Taha yang dilahirkan pada tahun 1934M telah mendapat ijazah seni khat daripada gurunya yang masyhur iaitu Hamid Al-Amidi pada tahun 1973M. Beliau belajar seni khat daripada beberapa orang lagi tokoh terkenal di dalam bidang ini seperti Muhammad Ali al-Maulawi, Ibrahim Ar-Rifai’e, Muhammad Badwi Ad-Dairani dan Muhammad Hasyim Al-Baghdadi.

Mula menulis mushaf pada tahun 1970M untuk untuk Kementerian Wakaf Syria, kemudian pada tahun 1988M beliau di jemput datang ke Madinah oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menulis Mushaf Madinah yang kini banyak dicetak dan diedarkan keseluruh dunia. Pada tahun itu juga beliau dilantik menjadi hakim pertandingan khat yang diadakan di Istanbul, Turki setiap tiga tahun sekali. Dari tahun 1970M sehingga ke hari ini As-Syaikh Othman Taha telah menulis dengan lengkap sebanyak sepuluh buah mushaf, dimana setiap satu lembaran berukuran 100cm x 70cm dan mempunyai 15 baris. Diantara mushaf-mushaf yang telah ditulis olehnya ialah:
  1. Mushaf untuk Kementerian Wakaf Syria
  2. Mushaf dengan riwayat Hafs untuk Ad-Dar As-Syamiyyah
  3. Mushaf dengan riwayat Warash (Madinah)
  4. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mengikut Mushaf Mesir-tiada wakaf sudut)
  5. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mushaf Madinah)
  6. Mushaf dengan riwayat Qalun
  7. Mushaf dengan riwayat Ad-Duri

Beliau telah memperbaiki sistem susunan menulis mushaf yang mempunyai wakaf sudut daripada resam imlai kepada resam othmani mengikut sebuah mushaf yang ditulis pada zaman Othmaniah Turki. Sistem inilah yang digunakan pada Mushaf Madinah sekarang. Susunannya amat kemas, teratur, membahagikan juzuk secara konsisten dan ia dinamakan juga Mushaf Huffaz kerana struktur susunannya yang mudah digunakan oleh para huffaz untuk menghafaz al-Quran.

di petik dari arabiccalligraphy....

Tuesday, March 4, 2008

CONTOH SENI KHAT NASAKH


Contoh qaedah Seni Khat Nasakh yang di tulis dari qaedah Al-Khatat Hasyim Mohammad Al-Baghdadi


Wednesday, February 27, 2008

KAEDAH DAN KEDUDUKAN QALAM


Kaedah dan cara betul memegang pena

· Jari telunjuk dan ibu jari berperanan menguasai kelancaran dan pergerakan mata pen.
· Hujung jari telunjuk hendaklah berada di atas tempat celupan dakwat kira-kira setangah atau 1 inci.
· Jari hantu berperanan memantapkan kedudukuan mata pen tanpa di tekan ibu jari.
· Hujung jari manis dan kelingking sentiasa berada di atas kertas sebagai penahan dan jangan di tekankan tangan kepada dua jari tersebut kerana ia akan mengganggu pergerakkan tangan.

Dalam buku tuhfatu ali al bab mengenai cara memegang pena menjelaskan, As syeikh imaduddin al a'fif berkata : hendaklah kedudukan ibu jari telunjuk dan jari tengah sama rata di lepaskan tidak di genggam semasa mula menulis dan jauh sedikit daripada hujung mata pen dengan selesa, pen tidak terlalu di tekan dan pen juga jangan di pegang sambil lewa sahaja.


Kedudukam qalam dan cara memegang pena

Panduan memegang pena yang betul semasa menulis seni khat :

· Pen hendaklah berada di antara 2 jari iaitu ibu jari telunjuk serta di sandarkan kepada jari tengah ( jari hantu ). Lihat rajah yang pertama.
· Jari telunjuk dan jari hantu jangan di genggam ke dalam.
· Pen jangan di tekan terlalu kuat, lembutkan sahaja cara memegang pena.
· Jangan memegang pen terlalu jauh daripada tempat mencelup dakwat, sebaik-baiknya pen di pegang dalam kadar 3/4 hingga 1 inci daripada hujung mata pen untuk memudahkan kita melihat kedudukan mata pen dan seterusnya mengelakkan tangan kita daripada terkena dakwat. Lihat rajah yang ke 2 dan ke 3.



RAJAH 1


RAJAH 2


RAJAH 3

( cara-cara memegang pena khat dengan betul )

Sunday, February 24, 2008

CONTOH QALAM KHAT




Qalam khat yang sudah di raut



Qalam khat arabi


Wednesday, February 13, 2008

Mata pen khusus untuk khat nasakh


1. Qalam jenis tulisan nasakh banyak di gunakan untuk menulis tulisan jenis kecil, oleh itu ia perlu di pilih daripada jenis bahan yang terbaik antaranya ialah :

· Berbentuk kecil dan sederhana.

· Bahannya tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.

· Lurus batangnya tidak bengkok dan sebagainya.

· Potong mata pen dengan keadaan yang agak condong dan serong.

*sekiranya ingin lebih keseniaan pada pen anda, anda boleh memilih mana-mana jenis bentuk batang pen.

2. Kalau mata pen itu di perbuat daripada bahan bukan logam, hendaklah di titik beratkan dari segi :

· Kehalusan rautan.

· Potongan.

· Belahan mata.

· Penjagaan.

· Meratakan kedua belah tepinya.


Wednesday, February 6, 2008

KHAT NASAKH


Mengapa Dipanggil Nasakh

Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain- membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu

Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar

Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci. Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi Ahmad Muhammad, 1993)

• Nasakh Akhbar

Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban, 1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer.. Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.

Khat Nasakh Dalam Pertandingan

Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis gaya ini apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian tennasuklah: 1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur. Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat yang lain. 2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik. 3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal. Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)

Penutup


Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan al-Qur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan hidup mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan.

Rujukan

• Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar • Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan Publishing Company. • Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila • Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin al-Khutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah. • Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor. • Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah

Monday, January 28, 2008

SENI KHAT NASAKH & SEJARAH


SENI KHAT NASAKH

Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya. Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri. Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya Kufi.

Sejarah Khat Nasakh

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.
Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati.

Sunday, January 20, 2008

PETUA DAN RAHSIA


Di Sebalik Keindahan Seni Khat...

ALAM diciptakan penuh dengan rahsia yang menakjubkan. Bumi di angkasa raya umpama kuman di tengah samudera yang amat luas. Ilmu mengenai rahsia alam membantu manusia menguasai dan memanfaatkan alam untuk keharmonian hidupnya. Ia juga menyedarkan bahawa ilmu manusia amat terbatas. Di sebalik yang tersurat pasti ada yang tersirat. Di sebalik keindahan tampak, terdapat rahsia dan petua yang menyerlahkan keindahan sesuatu karya seni khat.

Hikmah seni khat ialah pemahaman mengenai selok belok petua dan rahsia-rahsia halus seni ini. Memahami ilmu yang tersirat ini adalah kebijaksanaan hikmah yang menjadi inti kepada sesuatu ilmu pengetahuan.

"Dia memberi hikmah kepada sesiapa yang Dia Kehendaki. Sesiapa yang diberikan al-Hikmah sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak."
(Al-Baqarah:269).

"Rasulullah s.a.w. juga menyatakan bahawa hikmah adalah permata yang hilang setiap mukmin yang perlu dicari walau di mana sahaja. Semakin mengerti seseorang tentang rahsia ilmu, semakin mendalam kecintaannya kepada perkara yang mulia dan tinggi."


Ia juga akan menyedarkan kita bahawa seni khat sebenarnya tidak sesukar yang disangka. Ia juga membantu meningkatkan kemahiran dan meringkaskan proses pembelajaran khat. Dengan ilmu sesuatu karya bertambah mantap, hidup dan memindahkan makna ke hati yang memandangnya. Petua dan rahsia ini dipelihara dan diwariskan kepada satu generasi ke generasi berikutnya.

Seni adalah kepandaian. Ada kalanya kepandaian ahli khat seperti trick ahli silap mata. Pada huruf ada petua dan rahsia. Tahukah kita bahawa huruf-huruf mempunyai ibunya? Ibu huruf bermaksud bentuk-bentuk asas yang daripadanya boleh melahirkan bentuk huruf yang lain.

Teknik ini pernah dipopularkan oleh Muhammad Hasyim al-Baghdadi, khattat Baghdad yang terkenal. Ibu-ibu kepada huruf-huruf tunggal adalah (alif, ba, jim, dal, ra, sin, shad dan nun). Sebagai contoh, daripada huruf alif boleh dilahirkan huruf kaf dan lam. Daripada huruf ba pula dilahirkan ta, sa dan fa. Begitulah seterusnya bagi ibu huruf yang lain.

Huruf-huruf sambungan pula boleh dipecahkan pula kepada lebih seribu bentuk. Namun hakikatnya bentuk-bentuk ini terangkum dalam 30 bentuk sambungan sahaja. Inilah satu keajaiban seni pembelajaran huruf khat. Pemahaman ini mengukuhkan lagi latihan huruf satu-persatu. Hanya dengan latihan tulisan seseorang akan mencapai tahap kecemerlangan.

Jika kita dapat memperaktikkannya bersama, insyaAllah ilmu seni khat ini akan dapat kita kuasainya dengan baik dan secara jelasnya ia mempunyai seni yang halus pada setiap hasil tulisan kita atau sebagainya. Semoga dapat terus bersama seni khat dan selamat mencuba.

Monday, January 14, 2008

Hashim Muhammad Al Baghdadi


Penulis Seni Khat termasyhur, Hashim Muhammad Al Baghdadi..di lahirkan di kota baghdad pada tahun 1917. Beliau mula mempelajari Kaligrafi Arab sejak dari zaman remaja beliaua lagi, dan beliau telah mendapat anugerah Diploma daripada Mulla 'Ali al-Fadli pada tahun 1943. Beliau menyambung pengajian beliau ke kaherah mesir, dan mendapat Diploma dengan kepujian dari Royal Institute of Calligraphy pada tahun 1944. Dalam tahun yang sama juga, beliau ditauliahkan sijil dari dua orang penulis seni khat terkenal, Sayyid Ibrahim dan Muhammad Husni. Pada tahun 1946, beliau menerbitkan sebuah buku gaya penulisan Seni Khat Al-Riqa'. Kemudian beliau melawat Turkey dan menunjukkan hasil-hasil kerja beliu kepada seorang Tokoh Seni Khat Terkenal, Musa Azmi..atau lebih dikenali sebagai Hamid al-Amidi, dimana beliau telah menganugerahkan dua anugerah kepada Hashim, pada 1950 dan 1952. Pada majlis anugerah yang kedua, Hamid al-amidi mengumumkan Hashim sebagai Penulis seni Khat Terbaik dalam dunia Islam dan beliau mengatakan kepada Hashim " Kesenian kaligrafi islam bermula di Dar-As Salaam (Baghdad) dan ia kembali bersamamu ke Dar-As-Salamm".
Gaya penulisan beliau lebih cenderung kepada gaya penulis klasik baghdad iaitu Yaqut al Musta'asimi dan gabungan dengan penulisan moden dari Ottoman School. Dan juga beliau dikenali sebagai antara penulis seni khat yang terbaik dalam gaya Seni Khat Thuluth. Pada tahun 1960, beliau dilantik sebagai pensyarah Kaligrafi Arab di Institute of Fine Art di Baghdad. Kemudian, beliau menjadi Ketua Bahagian Dekorasi Islam dan Kaligrafi Arab sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1973. Dalam tahun 1962, beliau menerbitkan sebuah buku koleksi khat beliau yang bertajuk " Kaedah Penulisan Khat Arab". Sepanjang hidupnya, beliau hanya menganugerahkan satu diploma sahaja kepada muridnya, Abdul Ghani al-Ani.

Saturday, January 5, 2008

OBJEKTIF



Bismillahirrahmanirrahim…….

Alhamdulillah,syukur ana kehadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya serta junjungan Nabi Muhammad SAW, dapat ana meneruskan lagi perjalanan untuk menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan atas sokongan dari pihak sahabat-sahabat sendiri ana dapat berkongsi lebih lagi pengalaman bersama sahabat sekalian.

Kepada pengunjung blog ana dan peminat-peminat seni khat sekalian,tujuan ana membuat blog ini adalah bertujuan kerana ingin mengetengahkan asas-asas seni khat kepada sahabat-sahabat semua bagi mengelakkan seni khat ( penulisan Al Quran ) pupus di akhir zaman ini.

Objektif yang ingin ana sampaikan pada sahabat-sahabat semua adalah tentang cara dan kaedah-kaedah betul dalam bidang penulisan seni khat ini, dari mata pen bergerak kepada kaedah-kaedah huruf hijaiyyah seterusnya sambungan huruf sehinggalah bertemu dengan peringkat penghasilan karya.

Pada peringkat awal, ana bercadang ingin memperkenalkan kaedah penulisan seni khat Nasakh, sebelum ana masuk pada tutorial seni khat nasakh kepada sahabat-sahabat semua, ana akan cerita sejarah seni khat nasakh dan sebagainya sebelum sahabat-sahabat semua mengenali dan mempelajari seni khat nasakh ini atas sebab ana sekarang dalam fatrah imtihan. Ana akan cerita sikit tentang seni khat nasakh ini pada sahabat-sahabat semua.

"Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.

Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang bererti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh.

Lantaran itu ada yang menggelar khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. Khat ini pada dasarnya lebih mudah daripada khat thuluth dan senang diajarkan kepada orang ramai, pelajar sekolah dan kanak–kanak sebagai asas untuk menulis khat atau jawi. Penggunaannya amat meluas sekali sehingga mesin menaip, komputer dan mesin cetak kebanyakannya menggunakan fon jenis Khat Nasakh. Ia sering digunakan dalam penulisan disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah dibaca. Maka oleh sebab itulah Khat Nasakh amat praktikal digunakan untuk penyalinan mushaf al Quran, kitab-kitab, hadith, majalah, akhbar dan lain - lain lagi .

Pada kebiasaannya Khat Nasakh ditulis dengan saiz yang kecil dan tidak terlalu besar dengan kadar 1mm saiz pena."

Untuk tutorial seni khat Nasakh, insyaAllah ana akan menggunakan kaedah seni khat dari kaedah al Khatat Hashim Muhammad alBaghdadi ( kaedah yang masyhur di kalangan penulis asia ).