Friday, August 21, 2009

RAMADHAN

Salam sahabat seperjuangan semua. Alhamdulillah kedatangan Ramadhan pada tahun ini tiba dengan sinar cahaya yang memancar, mudah²an Ramadhan pada kali ini, kita semua dapat meningkatkan amal ibadah dengan sebaik² amal insyaAllah.
Sambil² tu tegur²lah ye khat farsi ana ni, entah betul ke salah, kongsi²lah dgn ana ye.
Ramadhan Kareem .. Allahu Akram

Saturday, August 15, 2009

EGP '09


Assalamualaikum wbt..sempena EGP 09 anjuran PMRAM..Pihak penganjur tidak terlepas peluang mengadakan pertandingan Seni Khat sempena sambutan Hari keMerdekaan y ke-52..Sahabat² semua boleh melihat hasil karyanya di dalam blog sahabat ana.. HASIL KARYA (click link)..sekian..

Friday, August 7, 2009

TOKOH KHAT

Bela'id Hamidi al-Maghrib

Assalamualaikum wbt. Pos terbaru ini ana ingin berceritakan sedikit pengalaman kepada pengunjung blog ana. InsyaAllah, cerita ini boleh naikkan minat sahabat² dalam memelihara seni khat. Alhamdulillah, selama ana belajar khat, baru inilah ana dapat berguru dengan guru dari luar, guru ini berasal dari maghribi, dia berhijrah ke turki atas niat suci beliau dalam mempelajari seni khat. beliau yang di maksudkan ialah bela'id hamidi al-maghrib, di lahirkan di maghribi, mendapat ijazah khat di turki dari kebanyakan khatat² terkenal, antaranya beliau belajar dengan muridnya hamid al-amidi, yaitu syaikh hassan celebi. Beliau dapat ijazah dari syaikh hassan celebi pada khat nasakh dan thuluth. dan mendapat ijazah diwani, jali diwani, dan nasta'liq daripada al-khattat Ali Alparsalan (almarhum), beliau juga adalah salah seorang hakim pertandingan seni khat peringkat antarabangsa turki ( IRCICA). Sekian

Hakim IRCICA
(salah seorang darinya ialah Ustaz Bela'id Hamidi)