Cara-cara untuk meraut mata handam ( mata pen ) agar serasi dengan tuannya.
1. Batang kayu perlulah yang tua, keras dan cukup kering supaya pen yang hendak anda gunakan lebih sedap dan tahan lama.
2. Potong batang pen ( buluh, resam, kayu, atau sebagainya ) sepanjang 1 jengkal atau mengikut pada tangan anda masing-masing, pastikan berhati-hati semasa memotong batang pen.
3. Dapatkan ukurlilit atau saiz bagi setiap batang pen yang hendak di potong bagi menentukan saiz mata pen semasa hendak diraut.
4. Jarak 2.5cm hingga 3.0cm dari hadapan mata pen adalah ukuran yg sesuai utk meraut dan mengasah mata pen tersebut.
5. Gunakan mata pisau yang tajam ( pisau cutter )
6. Gunakan ibu jari kiri utk menolak belakang pisau ketika proses meraut mata pen sedang di lakukan.
7. Pastikan potong mata handam ( mata pen ) dengan sekali tekan sahaja ( jangan di lakukan dengan cara berhenti-henti, sekali lalu sahaja dan seterusnya ).
8. Kecondongan mata pen yang sesuai ialah mengikut condong ukuran jari telunjuk dan jari hantu anda bukan mengikut jari atau pen kawan anda.
9. sebelum memotong, pastikan ukuran mata pen dahulu dan pilih batang handam ( batang pen yang sesuai dengan saiz mata pen yang anda inginkan ).
10. Ketika kerja memotong kecondongan mata pen, pastikan jangan lupa menggunakan alas atau lapik dgn kayu yang rata.
11. Selepas siap memotong mata pen, asah mata pen tersebut dengan kertas pasir yang halus, kesesuain kertas pasir diantara 900 hingga 1000 ( kod halus kertas pasir ). Sekiranya anda ingin mata pen lebih licin, anda boleh mengasahnya di atas permukaan cermin.
12. Sambil memegang batang pen ( seperti sedang menulis ) asahkan kekiri dan kekanan 8 kali kemudian kebawah 3 kali ( seolah-olah anda sedang menulis huruf hijaiyah contoh huruf alif dan huruf ba ).
13. Penjagaan mata pen perlulah di ambil perhatian bagi mengelakkan mata pen rosak, lapkan mata pen selepas di gunakan, simpan mata pen seperti anda menyimpan peralatan yang anda sayang bagi mengelakkan kerosakan mata pen.
Selamat mencuba dan selamat menulis khat...mesti jadi.. klu tak jadi jangan salahkan batang pen ya!
1 comments:
Ceritanya;
"Jika besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya"
Tugasnya;
"Hendaklah memikirkan besar dan mulia, nampakkan di dalam mata hati tentang kejayaan dan kemenangan, rasakan pada diri akan tercapainya matlamat dan kepuasan, bertindak atas kemahuan"
Post a Comment