Monday, April 13, 2009

8th International Calligraphy Competition (IRCICA)

Assalamualaikum wbt.. Makluman kepada semua khatat, IRCICA akan mengadakan Pertandingan Seni Khat sempena nama Khatat Badawi al-Dirani pada tahun ini.
Keterangan ringkas berkaitan Tarikh dan Kategori pertandingan :

  • Tarikh akhir Pendaftaran : 30 Oktober 2009
  • tarikh akhir menghantar karya : 28 februari 2010
  • Penghakiman : April 2010
  • Keputusan pertandingan : May 2010
Kategori Khat yang dipertandingkan ialah :
  • Thuluth Jali
  • Thuluth
  • Nasakh
  • Jali ta'liq
  • Jali Diwani
  • Diwani
  • Kufi
  • Riq'ah
  • Maghribi
Maklumat Pertandingan DOWNLOAD pdf file.
Borang Pertandingan DOWNLOAD pdf file.

Selamat mecuba dan berjaya.. :-)

Tuesday, March 24, 2009

WALLPAPER

Salam sahabat semua, lama ana x posting baru hasil khat ana, insyaAllah biiznillah di beri ruang oleh Allah swt kpd ana, insyaAllah ana akan wat post khat diwani jali, insyaAllah. nak jadikan cte.. ni hasil adobe ana, sje wat sbb DPMM de wat pertandingan wallpaper sempena pe ntah, ana x pasti sgt.. insyaAllah sahabat² juga leh mencube.. jgn kite pandai tulis khat je.. klu leh semua kite leh wat.. insyaAllah k.. wslm

Tuesday, December 9, 2008

KHAT FARSI

Salam semua, hasil yang sekian lama ana simpan, baru je edit dalam adobe. Khat pada kali ini adalah dari jenis khat farsi. Asalnya ana tak nak letak dalam blog ana, memandangkan ada seorang kawan ana bertanya, khat farsi macam mana ustaz? pada masa tu ana tak ada bahan untuk menulis dan nak tujnuk, jadi inilah dia khat farsi. khatnya halus, dan cara menulisnya agak senget ke kanan. "inna akramakum i'ndaAllahi atqakum".. semoga sahabat semua dapat mencubanya. Salam aidul adha dari ana, moga kite sentiasa dilindungi Allah swt. waAllahu a'lam.

Wednesday, November 19, 2008

LOGO NADI UKKAZ


Alhamdulillah dengan berkat Allah ta'ala, ini hasil terbaru ana dengan qaedah Khat Thuluth dengan huruf-huruf yang digabungkan, dengan kalimah "UKKAZ". Dengan kata lain, ianya adalah satu logo kelab yang terbaru ana buat khas untuk kelab bahasa arab mansurah (Nadi Ukkaz). InsyaAllah kepada sesiapa yang berminat untuk belajar buat logo seperti ini, ana ringankan tangan ana untuk berkongsi ilmu, insyaAllah..sekian wslm