Friday, October 23, 2009

AN-NUQTOH

Salam semua.. kali ini ana nk berkongsi dgn sahabat semua cara² u kite belajar seni khat, buat kali pertama.. bagi peminat seni khat y ingin belajar khat dgn baik, pertamanya tgn kite perlu belajar mcm mne ingin membentukkan NUQTAH yang betul.. sebelum itu, kertas y sahabat gunakan perlulah di bariskan dgn tegak.. pastikan bucu nuqtah itu tepat pada garisan y dibariskan.. sahabat boleh lihat pada contoh di atas dan di bawah insyaAllah..
Salah satu contoh u membentukkan NUQTAH pada garisan tegak..
ini adalah pembelajaran pertama sblum melangkah kepada huruf².. selamat mencuba..

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN

Salam sahabat seperjuangan semua. Alhamdulillah kedatangan Ramadhan pada tahun ini tiba dengan sinar cahaya yang memancar, mudah²an Ramadhan pada kali ini, kita semua dapat meningkatkan amal ibadah dengan sebaik² amal insyaAllah.
Sambil² tu tegur²lah ye khat farsi ana ni, entah betul ke salah, kongsi²lah dgn ana ye.
Ramadhan Kareem .. Allahu Akram

Saturday, August 15, 2009

EGP '09


Assalamualaikum wbt..sempena EGP 09 anjuran PMRAM..Pihak penganjur tidak terlepas peluang mengadakan pertandingan Seni Khat sempena sambutan Hari keMerdekaan y ke-52..Sahabat² semua boleh melihat hasil karyanya di dalam blog sahabat ana.. HASIL KARYA (click link)..sekian..

Friday, August 7, 2009

TOKOH KHAT

Bela'id Hamidi al-Maghrib

Assalamualaikum wbt. Pos terbaru ini ana ingin berceritakan sedikit pengalaman kepada pengunjung blog ana. InsyaAllah, cerita ini boleh naikkan minat sahabat² dalam memelihara seni khat. Alhamdulillah, selama ana belajar khat, baru inilah ana dapat berguru dengan guru dari luar, guru ini berasal dari maghribi, dia berhijrah ke turki atas niat suci beliau dalam mempelajari seni khat. beliau yang di maksudkan ialah bela'id hamidi al-maghrib, di lahirkan di maghribi, mendapat ijazah khat di turki dari kebanyakan khatat² terkenal, antaranya beliau belajar dengan muridnya hamid al-amidi, yaitu syaikh hassan celebi. Beliau dapat ijazah dari syaikh hassan celebi pada khat nasakh dan thuluth. dan mendapat ijazah diwani, jali diwani, dan nasta'liq daripada al-khattat Ali Alparsalan (almarhum), beliau juga adalah salah seorang hakim pertandingan seni khat peringkat antarabangsa turki ( IRCICA). Sekian

Hakim IRCICA
(salah seorang darinya ialah Ustaz Bela'id Hamidi)

Thursday, July 2, 2009

PERTANDINGAN SENI KHAT

Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat ana, mudah²an semua sihat dgn hendaknya. Khususnya kepada sahabat mansurah, insyaAllah Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) telah mengadakan satu pertandingan mengasah bakat tangan yang berkebolehan dalam menulis seni al-Quran dengan kata lain Seni Khat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, insyaAllah boleh terus berurusan dengan ana bagi memudahkan kalam.

Syarat Pertandingan Seni Khat Terbuka Mansurah
anjuran Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli DPMM dan PCM.
2. Jenis khat yang dipertandingkan ialah dari jenis Seni Khat Nasakh atau Seni Khat Thuluth (pilihan).
3. Ayat pertandingan ialah daripada ayat surah al-Fatihah (seperti yang tertera di dalam paparan iklan).
4. Penyertaan bebas menggunakan media atau bahan dalam penulisan hasil karya, setiap hasil karya perlu mengikut kreativiti masing-masing.
5. Hasil karya perlu di hantar sebelum tarikh tutup pada 11 Julai 2009.
6. Panel hakim akan menilai hasil karya dari sudut :
  • Kaedah atau keaslian Seni Khat : 40 markah
  • Kebersihan : 20 markah
  • Hiasan tepi atau zukhruf : 20 markah
  • Kreativiti : 20 markah
7. Segala keputusan pengadilan adalah muktamad

MENGHAYATI PENULISAN KHAT,
MEMELIHARA TINTA AL-QURAN.

url iklan : KHASRAH | DPMM

Thursday, June 4, 2009

WALLPAPER BRUSHES

Hasil wallpaper ana dengan gabungan brushes.. ana nak minta komen dri kawan² atas hasil terbaru ana ni.. insyaAllah ana akan perbaiki jika ada yang lemah.. wallpaper bersaiz 1024 x 768 pixels.. pada sesiapa yang berkenan klik save Download ye.. Bittaufiq insyaAllah..
al-khatat™ | aRtsDesiGner™

Tuesday, May 26, 2009

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah.. hasil antara gabungan 2 jenis khat yang ana baru je tulis pagi 26hb mei.. Letih study lah kate org tu.. duk menulis pulk.. pertama dri bentuk bulatan tu dri jenis Khat Kufi Fatimi.. yang 1 lagi ni maklum dah kan.. insyaAllah mne y salah tu tegur2 lah ye.. dah lama sgt x menulis.. bittaufiq

Sunday, May 24, 2009

KHAT DIWANI JALI

Tulisan Khat Diwani Jali, hasil dari seorang khatat terkenal mesir. al-Ustaz Dr Mustafa Khudairi al-Khatat

Monday, April 13, 2009

8th International Calligraphy Competition (IRCICA)

Assalamualaikum wbt.. Makluman kepada semua khatat, IRCICA akan mengadakan Pertandingan Seni Khat sempena nama Khatat Badawi al-Dirani pada tahun ini.
Keterangan ringkas berkaitan Tarikh dan Kategori pertandingan :

  • Tarikh akhir Pendaftaran : 30 Oktober 2009
  • tarikh akhir menghantar karya : 28 februari 2010
  • Penghakiman : April 2010
  • Keputusan pertandingan : May 2010
Kategori Khat yang dipertandingkan ialah :
  • Thuluth Jali
  • Thuluth
  • Nasakh
  • Jali ta'liq
  • Jali Diwani
  • Diwani
  • Kufi
  • Riq'ah
  • Maghribi
Maklumat Pertandingan DOWNLOAD pdf file.
Borang Pertandingan DOWNLOAD pdf file.

Selamat mecuba dan berjaya.. :-)

Tuesday, March 24, 2009

WALLPAPER

Salam sahabat semua, lama ana x posting baru hasil khat ana, insyaAllah biiznillah di beri ruang oleh Allah swt kpd ana, insyaAllah ana akan wat post khat diwani jali, insyaAllah. nak jadikan cte.. ni hasil adobe ana, sje wat sbb DPMM de wat pertandingan wallpaper sempena pe ntah, ana x pasti sgt.. insyaAllah sahabat² juga leh mencube.. jgn kite pandai tulis khat je.. klu leh semua kite leh wat.. insyaAllah k.. wslm