Thursday, June 12, 2008

KHATAT OTHMAN TAHA


Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan Othman Bin Abduh Bin Hussain Bin Taha, seorang penulis khat yang terkenal dengan penulisan Mushaf Madinah yang di terbitkan di Mujamma’ Malik Fahd. Berasal dari Syria. As-Syaikh Othman Taha yang dilahirkan pada tahun 1934M telah mendapat ijazah seni khat daripada gurunya yang masyhur iaitu Hamid Al-Amidi pada tahun 1973M. Beliau belajar seni khat daripada beberapa orang lagi tokoh terkenal di dalam bidang ini seperti Muhammad Ali al-Maulawi, Ibrahim Ar-Rifai’e, Muhammad Badwi Ad-Dairani dan Muhammad Hasyim Al-Baghdadi.

Mula menulis mushaf pada tahun 1970M untuk untuk Kementerian Wakaf Syria, kemudian pada tahun 1988M beliau di jemput datang ke Madinah oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menulis Mushaf Madinah yang kini banyak dicetak dan diedarkan keseluruh dunia. Pada tahun itu juga beliau dilantik menjadi hakim pertandingan khat yang diadakan di Istanbul, Turki setiap tiga tahun sekali. Dari tahun 1970M sehingga ke hari ini As-Syaikh Othman Taha telah menulis dengan lengkap sebanyak sepuluh buah mushaf, dimana setiap satu lembaran berukuran 100cm x 70cm dan mempunyai 15 baris. Diantara mushaf-mushaf yang telah ditulis olehnya ialah:
  1. Mushaf untuk Kementerian Wakaf Syria
  2. Mushaf dengan riwayat Hafs untuk Ad-Dar As-Syamiyyah
  3. Mushaf dengan riwayat Warash (Madinah)
  4. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mengikut Mushaf Mesir-tiada wakaf sudut)
  5. Mushaf dengan riwayat Hafs (Mushaf Madinah)
  6. Mushaf dengan riwayat Qalun
  7. Mushaf dengan riwayat Ad-Duri

Beliau telah memperbaiki sistem susunan menulis mushaf yang mempunyai wakaf sudut daripada resam imlai kepada resam othmani mengikut sebuah mushaf yang ditulis pada zaman Othmaniah Turki. Sistem inilah yang digunakan pada Mushaf Madinah sekarang. Susunannya amat kemas, teratur, membahagikan juzuk secara konsisten dan ia dinamakan juga Mushaf Huffaz kerana struktur susunannya yang mudah digunakan oleh para huffaz untuk menghafaz al-Quran.

di petik dari arabiccalligraphy....

0 comments: