Di antara hasil karya pertandingan dan tempahan Seni Khat yang di tulis oleh 3 orang penulis khat.... Dari hasil ana sendiri, kekanda ana di malaysia, dan seorang penulis dari bumi zaqaziq.... Hasil-hasil seni khat di perbuat dari pelbagai bahan yang sesuai dan mengikut kreativiti tersendiri.. Di antara bahan-bahan yang di gunakan ialah dari bahan plastik arcrilic, kain, cermin, kanvas emas, kain kanvas, arts paper, batu laut, dan kertas papyrus ( bardi )... Ini adalah sebahagian hasil yang ana letakkan sebagai posting terbaru ana... I'Allah bagi sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan ana... dalam cuti kuliah ini.. ana akan berusaha untuk mengadakan tutorial ringkas bagi Seni Khat Nasakh... sekian wasalam ...
Sunday, June 22, 2008
Tuesday, June 17, 2008
HASIL KARYA TERBARU
hasil tempahan seni khat dengan tulisan khat diwani jali dalam bentuk kapal layar di atas kertas papyrus...
.jpg)
hasil tulisan dari alkhatat ustaz farhan jamil montalib dengan khat diwani jali dalam bentuk daun diatas kain emas dan arcrilic....
.jpg)
hasil tulisan dari alkhatat ustaz farhan jamil montalib dengan khat diwani jali dalam bentuk daun diatas kain emas dan arcrilic....
Posted by
mohd noor fathi b montalib
at
9:58 AM
0
comments
Thursday, June 12, 2008
KHATAT OTHMAN TAHA
Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan Othman Bin Abduh Bin Hussain Bin Taha, seorang penulis khat yang terkenal dengan penulisan Mushaf Madinah yang di terbitkan di Mujamma’ Malik Fahd. Berasal dari Syria. As-Syaikh Othman Taha yang dilahirkan pada tahun 1934M telah mendapat ijazah seni khat daripada gurunya yang masyhur iaitu Hamid Al-Amidi pada tahun 1973M. Beliau belajar seni khat daripada beberapa orang lagi tokoh terkenal di dalam bidang ini seperti Muhammad Ali al-Maulawi, Ibrahim Ar-Rifai’e, Muhammad Badwi Ad-Dairani dan Muhammad Hasyim Al-Baghdadi.
Mula menulis mushaf pada tahun 1970M untuk untuk Kementerian Wakaf Syria, kemudian pada tahun 1988M beliau di jemput datang ke Madinah oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menulis Mushaf Madinah yang kini banyak dicetak dan diedarkan keseluruh dunia. Pada tahun itu juga beliau dilantik menjadi hakim pertandingan khat yang diadakan di Istanbul, Turki setiap tiga tahun sekali. Dari tahun 1970M sehingga ke hari ini As-Syaikh Othman Taha telah menulis dengan lengkap sebanyak sepuluh buah mushaf, dimana setiap satu lembaran berukuran 100cm x 70cm dan mempunyai 15 baris. Diantara mushaf-mushaf yang telah ditulis olehnya ialah:- Mushaf untuk Kementerian Wakaf Syria
- Mushaf dengan riwayat Hafs untuk Ad-Dar As-Syamiyyah
- Mushaf dengan riwayat Warash (Madinah)
- Mushaf dengan riwayat Hafs (Mengikut Mushaf Mesir-tiada wakaf sudut)
- Mushaf dengan riwayat Hafs (Mushaf Madinah)
- Mushaf dengan riwayat Qalun
- Mushaf dengan riwayat Ad-Duri

Beliau telah memperbaiki sistem susunan menulis mushaf yang mempunyai wakaf sudut daripada resam imlai kepada resam othmani mengikut sebuah mushaf yang ditulis pada zaman Othmaniah Turki. Sistem inilah yang digunakan pada Mushaf Madinah sekarang. Susunannya amat kemas, teratur, membahagikan juzuk secara konsisten dan ia dinamakan juga Mushaf Huffaz kerana struktur susunannya yang mudah digunakan oleh para huffaz untuk menghafaz al-Quran.
di petik dari arabiccalligraphy....
Posted by
mohd noor fathi b montalib
at
9:13 AM
0
comments
Tuesday, March 4, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)



