Thursday, July 2, 2009

PERTANDINGAN SENI KHAT

Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat ana, mudah²an semua sihat dgn hendaknya. Khususnya kepada sahabat mansurah, insyaAllah Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) telah mengadakan satu pertandingan mengasah bakat tangan yang berkebolehan dalam menulis seni al-Quran dengan kata lain Seni Khat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, insyaAllah boleh terus berurusan dengan ana bagi memudahkan kalam.

Syarat Pertandingan Seni Khat Terbuka Mansurah
anjuran Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli DPMM dan PCM.
2. Jenis khat yang dipertandingkan ialah dari jenis Seni Khat Nasakh atau Seni Khat Thuluth (pilihan).
3. Ayat pertandingan ialah daripada ayat surah al-Fatihah (seperti yang tertera di dalam paparan iklan).
4. Penyertaan bebas menggunakan media atau bahan dalam penulisan hasil karya, setiap hasil karya perlu mengikut kreativiti masing-masing.
5. Hasil karya perlu di hantar sebelum tarikh tutup pada 11 Julai 2009.
6. Panel hakim akan menilai hasil karya dari sudut :
  • Kaedah atau keaslian Seni Khat : 40 markah
  • Kebersihan : 20 markah
  • Hiasan tepi atau zukhruf : 20 markah
  • Kreativiti : 20 markah
7. Segala keputusan pengadilan adalah muktamad

MENGHAYATI PENULISAN KHAT,
MEMELIHARA TINTA AL-QURAN.

url iklan : KHASRAH | DPMM

2 comments:

HusFa said...

salam ziarah....bila nak ngajo yg seterusnye utk tashihkan tulisan ana ni ya khatat mansurah....nta amik post kan khat2 dalam pertandingan tu nnt ye...ana nak masuk tp utk mansurah je....huhuhu....awat x wat utk alex skali...

Ibnu Husain El-Qahiry said...

السلام عليكمممم........
أنا ذوالكفل من ماليزيا، والله أنا مهتم جدا بالخط العربي وأنا خطاط بنفس الوقت...
وانت فين دي الوقت؟؟
حياك الله يا أخي، مبسوط على هذا التعرف..وشكرا