Salam sahabat seperjuangan semua. Alhamdulillah kedatangan Ramadhan pada tahun ini tiba dengan sinar cahaya yang memancar, mudah²an Ramadhan pada kali ini, kita semua dapat meningkatkan amal ibadah dengan sebaik² amal insyaAllah.
Sambil² tu tegur²lah ye khat farsi ana ni, entah betul ke salah, kongsi²lah dgn ana ye.
Ramadhan Kareem .. Allahu Akram
Friday, August 21, 2009
RAMADHAN
Posted by
mohd noor fathi b montalib
at
12:48 PM
2
comments
Saturday, August 15, 2009
EGP '09

Assalamualaikum wbt..sempena EGP 09 anjuran PMRAM..Pihak penganjur tidak terlepas peluang mengadakan pertandingan Seni Khat sempena sambutan Hari keMerdekaan y ke-52..Sahabat² semua boleh melihat hasil karyanya di dalam blog sahabat ana.. HASIL KARYA (click link)..sekian..
Posted by
mohd noor fathi b montalib
at
5:32 PM
1 comments
Friday, August 7, 2009
TOKOH KHAT
Assalamualaikum wbt. Pos terbaru ini ana ingin berceritakan sedikit pengalaman kepada pengunjung blog ana. InsyaAllah, cerita ini boleh naikkan minat sahabat² dalam memelihara seni khat. Alhamdulillah, selama ana belajar khat, baru inilah ana dapat berguru dengan guru dari luar, guru ini berasal dari maghribi, dia berhijrah ke turki atas niat suci beliau dalam mempelajari seni khat. beliau yang di maksudkan ialah bela'id hamidi al-maghrib, di lahirkan di maghribi, mendapat ijazah khat di turki dari kebanyakan khatat² terkenal, antaranya beliau belajar dengan muridnya hamid al-amidi, yaitu syaikh hassan celebi. Beliau dapat ijazah dari syaikh hassan celebi pada khat nasakh dan thuluth. dan mendapat ijazah diwani, jali diwani, dan nasta'liq daripada al-khattat Ali Alparsalan (almarhum), beliau juga adalah salah seorang hakim pertandingan seni khat peringkat antarabangsa turki ( IRCICA). Sekian
Posted by
mohd noor fathi b montalib
at
3:46 PM
3
comments
Thursday, July 2, 2009
PERTANDINGAN SENI KHAT
Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat ana, mudah²an semua sihat dgn hendaknya. Khususnya kepada sahabat mansurah, insyaAllah Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH) telah mengadakan satu pertandingan mengasah bakat tangan yang berkebolehan dalam menulis seni al-Quran dengan kata lain Seni Khat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, insyaAllah boleh terus berurusan dengan ana bagi memudahkan kalam.Syarat Pertandingan Seni Khat Terbuka Mansurah
anjuran Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli DPMM dan PCM.anjuran Kelab Seni Khat Mansurah (KHASRAH)
2. Jenis khat yang dipertandingkan ialah dari jenis Seni Khat Nasakh atau Seni Khat Thuluth (pilihan).
3. Ayat pertandingan ialah daripada ayat surah al-Fatihah (seperti yang tertera di dalam paparan iklan).
4. Penyertaan bebas menggunakan media atau bahan dalam penulisan hasil karya, setiap hasil karya perlu mengikut kreativiti masing-masing.
5. Hasil karya perlu di hantar sebelum tarikh tutup pada 11 Julai 2009.
6. Panel hakim akan menilai hasil karya dari sudut :
3. Ayat pertandingan ialah daripada ayat surah al-Fatihah (seperti yang tertera di dalam paparan iklan).
4. Penyertaan bebas menggunakan media atau bahan dalam penulisan hasil karya, setiap hasil karya perlu mengikut kreativiti masing-masing.
5. Hasil karya perlu di hantar sebelum tarikh tutup pada 11 Julai 2009.
6. Panel hakim akan menilai hasil karya dari sudut :
- Kaedah atau keaslian Seni Khat : 40 markah
- Kebersihan : 20 markah
- Hiasan tepi atau zukhruf : 20 markah
- Kreativiti : 20 markah
7. Segala keputusan pengadilan adalah muktamad
MENGHAYATI PENULISAN KHAT,
Posted by
mohd noor fathi b montalib
at
2:25 AM
2
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




